Sejarah operasi Hawker Fury

The Fury I memasuki perkhidmatan skuadron RAF pada bulan Mei 1931, melengkapkan semula No. 43 Skuadron . Disebabkan pemotongan kewangan dalam krisis Kemelesetan Besar, Fury I telah dipesan dalam bilangan yang kecil, iaitu jenis yang melengkapkan skuadron No. 1 dan 25 sahaja. Pada masa yang sama, pesawat Bulldog Bristol yang lebih perlahan telah melengkapkan skuadron sepuluh pesawat pejuang. [6] Fury II memasuki perkhidmatan pada 1936–1937, meningkatkan jumlah skuadron kepada enam skuadron. Pesawat-pesawat Fury kekal bersama RAF Fighter Command sehingga Januari 1939 sebelum ia digantikan terutamanya dengan Gloster Gladiators dan jenis lain, seperti Hawker Hurricane . [6] Selepas perkhidmatannya sebagai barisan hadapan tamat, ia terus digunakan sebagai pesawat latihan. [7]

Pesawat Fury telah dieksport kepada beberapa pelanggan, dibekalkan dengan pelbagai enjin termasuk enjin Kestrels, Hispano Suiza dan Lorraine Petrel jenis vee, Armstrong Siddeley Panther, Pratt & Whitney Hornet dan enjin jejari Bristol Mercury. 

Tiga buah pesawat Fury telah ditempah oleh Sepanyol pada tahun 1935, ia bertujuan untuk menghasilkan 50 buah lagi di bawah lesen pengeluaran. Varian Sepanyol mempunyai reka bentuk bahagian bawah cantilever dengan roda pemuncul dalaman Dowty, sama seperti yang digunakan pada pesawat Gladiator dan dikuasakan oleh enjin Hispano Suiza 12Xbr 612 hp (457 kW). Ia mampu mencapai kelajuan 234 mph (377 km/j). [8] [9] Ketiga-tiga pesawat Fury yang ditempah ini telah dihantar tanpa persenjataan pada 11 Julai 1936, sejurus sebelum meletusnya Perang Saudara Sepanyol . Ia dibawa ke perkhidmatan oleh Tentera Udara Republik Sepanyol, dilengkapi dengan mesingan yang diselamatkan daripada pesawat yang terhempas. Salah sebuah daripadanya telah melakukan pendaratan kecemasan di belakang barisan musuh kerana kekurangan bahan api dan telah dibaiki oleh pihak Nasionalis, walaupun ia tidak digunakan untuk operasi. Manakala di pihak Republikan pula, mereka telah menggunakan salah satu daripada pesawat ini dalam pertahanan Madrid sehingga berkecai dalam kemalangan pada November 1936 [10]

Walaupun ditarik balik daripada skuadron RAF, Fury masih digunakan oleh beberapa tentera udara asing pada awal 1940-an; Yugoslav Fury digunakan menentang pasukan Axis dalam pencerobohan Jerman pada tahun 1941 . [11] Pada 6 April 1941, skuadron Fury diterbangkan menentang pesawat penceroboh Jerman, Messerschmitt Bf 109 Es dan Messerschmitt Bf 110s . Dalam pertempuran udara yang berlaku 10 buah pesawat Fury telah musnah, iaitu hampir keseluruhan skuadron. Pegawai pemerintah 36 LG ketika itu, Mejar Franjo Džal melihat dari bawah ketika para juruterbangnya disembelih dalam pesawat sayap berkembar usang mereka. Dalam pertempuran yang berat sebelah menentang musuh yang lebih kuat, lima pesawat telah musnah semasa berlepas dan lapan juruterbang terbunuh. Dua buah lagi Fury dan Bücker Bü 131 telah musnah di atas tanah. Lima pesawat Bf 109 dan dua pesawat Bf 110 daripada pesawat penyerang Jerman gagal kembali, walaupun kebanyakannya adalah kehilangan bukan disebabkan pertempuran. Sekurang-kurangnya sebuah telah hilang apabila dirempuh oleh Fury. Skuadron Yugoslav Fury lain yang aktif pada masa pencerobohan menyerang kereta kebal dan tentera darat musuh, beberapa buah telah tewas akibat tembakan darat dan sebuah musnah dalam pertempuran udara dengan pesawat Fiat CR.42 . Selebihnya Yugoslav Fury telah dimusnahkan apabila ia sudah tidak dapat digunakan atau pada masa Gencatan Senjata pada 15 April. [12] Ex-RAF Fury juga telah digunakan oleh Tentera Udara Afrika Selatan terhadap tentera Itali di Afrika Timur pada tahun 1941, walaupun mereka sudah usang ia telah memusnahkan dua pengebom Caproni serta memusnahkan banyak lapangan terbang serta memusnahkan pejuang dan pengebom di darat. [13]

Sebanyak 262 pesawat Fury telah dihasilkan, di mana 22 berkhidmat di Parsi, 3 di Portugal, sekurang-kurangnya 30 di Afrika Selatan, 3 di Sepanyol, sekurang-kurangnya 30 di Yugoslavia dan selebihnya di United Kingdom .[petikan diperlukan]

Rujukan

WikiPedia: Hawker Fury http://www.worldairforces.com/Countries/iran/irn.h... http://www.paluba.info/smf/index.php/topic,12797.0... //www.worldcat.org/issn/1243-8650 http://surfcity.kund.dalnet.se/fury_southafrica.ht... http://surfcity.kund.dalnet.se/fury_yugoslavia.htm http://www.historicaircraftcollection.ltd.uk/fury.... http://www.cbfs.org.uk/ https://books.google.com/books?id=UeE4PQAACAAJ https://web.archive.org/web/20110720064946/http://... https://www.worldcat.org/search?fq=x0:jrnl&q=n2:01...